Teringat ku di masa lalu
Bersenda di taman yang indah
Sungguh riangnya di hatiku
Kerna kini kita berjaya
Citaku tercapai
Punyai kebebasan
Dan dikau berjaya, telah berjaya
Sinaran
Mentari menyinari
Menyusuk ke jiwaku
Ketika bersamamu
Mesranya
Bila kita berdua
Bagai mahligai indah
Yang tumbuh di muka dunia
Ikatan telah dijalinkan
Hatiku terima terbuka
Segala rasanya di jiwa
Kemesraan terjalin cinta
Citaku tercapai
Punyai kebebasan
Dan dikau berjaya, telah berjaya
Sinaran
Mentari menyinari
Menyusuk ke jiwaku
Ketika bersamamu
Mesranya
Bila kita berdua
Bagai mahligai indah
Yang tumbuh di muka dunia
Oh
Peliknya rasa
Pabila
Dikau tiada
Bagai kenangan yang tiba
Menuju cahaya sedang menyinar
Citaku tercapai
Punyai kebebasan
Dan dikau berjaya, telah berjaya
Sinaran
Mentari pun menyinar
Pabila dikau pulang
Bersama ku semula
Mesranya
Bila kita berdua
Bagai mahligai indah
Yang tumbuh di muka dunia
- Sheila Majid | Emosi, 1986